KANSER PANGKAL RAHIM



KANSER PANGKAL RAHIM atau lebih dikenali sebagai KANSER SERVIK adalah barah yg mencatat angka paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia. Ia merupakan kanser yg biasa melanda wanita dalam usia reproduktif.
:::
:::
Salah satu faktor risiko kanser pangkal rahim adalah antibodi pada human papillota virus atau HPV (kmpln virus sama yg mnyebabkan ketuat kelamin). Walaupun x berbahaya, virus ini boleh menyebabkan perkembangan sel kanser.
:::
:::
Dan kerana itu, ia mudah terjadi pada wanita yg kerap bertukar pasangan (berisiko lgi tinggi utk mndaptnya), ia juga boleh dijangkiti pada mereka2 yg melakukan hubungan seks pada usia yg terlalu muda dan mereka yg mengamalkan tabiat merokok.
:::
:::
Kanser pangkal rahim mengambil masa bertahun-thun utk berkembang.Sblm ia berkembang, perubahan awal akan berlaku di dlm sel pada permukaan pangkal rahim. Ia disebut sebagai peringkat pra-kanser.
:::
:::

Gejala/tanda barah pangkal rahim :-

* lelehan faraj yg berair dan berbau busuk.

* Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks.

* Pendarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.

* Sebarang pendarahan pada faraj selepas putus haid.

Secara amnya, setiap wanita perlu menjalani 3 jenis pemeriksaan kesihatan iaitu, Ujian kanser payudara, ultra bunyi, dan 'pap-smear' sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Juga disarankan utk melakukan ujian 'pap-smear' bagi memeriksa sel2 barah atau sebarang perubahan dan kelainan yg berlaku.

Seandainya barah ini dapat dikesan lebih awal, ia boleh dirawat segera dan seterusnya dapat mengelakkan gangguan kesuburan kepada organ pembiakan wanita.


SUMBER: MAJALAH RAPI MAC 2009.

2 comments:

Puan Nurussalwa said...

gud info.. tQ for sharing.
mmg bahaya..name pun barah.

Asyifa said...

ya...mekasih...:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...